Selamat Datang Ke Taman Bahasa Melayu (Tahap 1) 欢 迎 来 访 !

Sabtu, 19 November 2011

Perancangan masa cuti.

Murid-murid, kita perlu membuat perancangan terhadap cuti kita supaya lebih bermakna. Dalam perancangan cuti, kita mesti mengagih masa kepada aktiviti-aktiviti yang baik seperti melancong ke tempat peranginan, melawat saudara-mara, tolong ibu bapa mengemas halaman rumah, membaca, melayari lamanan internet yang bersesuaian, jangan lupa juga berulangkaji pelajaran kamu dan buat persiapan untuk mula sekolah di samping bermain sepuas-puas hati.

     Cikgu Leow bercadang kepada murid-murid untuk buat satu jadual waktu yang dapat mengatur masa cuti dengan berkesan. Jadual waktu hendaklah merangkumi unsur aktiviti-aktiviti belajar, bersenam dan berekreasi. Kamu boleh berbincang dengan ibu bapa kamu terlebih dahulu supaya menghasilkan satu jadual yang berkesan. Saya rasa ibu bapa kamu pasti gembira dan bangga dengan perancangan ini. 

      Selamat bercuba.

Khamis, 17 November 2011

SELAMAT BERCUTI

Murid-murid, gembiranya cuti penggal yang panjang sudah bermula. Cikgu Leow mengucapkan "Selamat Bercuti" kepada murid-murid. Di laman blog ini cikgu sediakan sedikit aktiviti yang boleh mengisi masa lapang kamu. Cikgu berharap kamu boleh mendapat manfaat di samping berhibur dengan bahan yang disediakan oleh cikgu melalui laman blog ini.

Sabtu, 5 November 2011

Mari belajar Bahasa Melayu

 Latih tubi membaca, petikan ditulis pada papan gulung.
Suku kata perkataan ditulis dengan berlainan warna, lebih senang untuk mengeja.