Selamat Datang Ke Taman Bahasa Melayu (Tahap 1) 欢 迎 来 访 !

Sabtu, 31 Disember 2011

Menyambut Tahun Baru 2012

Murid-murid yang dikasihi, hari ini ialah hari terakhir tahun 2011. Menjelang tahun 2012, Cikgu Leow ucapkan "Selamat Tahun Baru" bagi kalian. Segala yang tidak baik dan kurang sempurna kita biarkannya berlepas bersama tahun 2011, kita harus memandang ke depan dan gigih berusaha demi tahun 2012. Harap semua kita sudah bersedia dan dapat menempuh segala cabaran dalam tahun baru.

“一天之计在于晨,一年之计在于春 ”

Ahad, 11 Disember 2011

Ulang kaji suku kata terbuka

Murid-murid yang dikasihi, hari ini Cikgu Leow upload beberapa video suku kata terbuka dari youtube. Semuanya terletak di bahagian Video Pelajaran. Semuanya sesuai untuk murid yang masih kabur dengan suku kata. Buatlah ulangkaji dengan bantuan video. Belajar sedikit demi sedikit, nanti boleh jadi pandai. Kepada anak murid Cikgu Leow yang sudah pandai, bolehlah ajak adik-adik di rumah menonton video pelajaran ini bersama-sama. Ibu bapa kamu pasti rasa bangga dan gembira.  

Isnin, 5 Disember 2011

Masa untuk mula mengulang kaji.

Murid-murid yang dikasihi, sudah hampir separuh masa cuti berlalu, adakah kamu sudah mula mengulang kaji pelajaran kamu? Cikgu mendapati ramai daripada kamu masih berlengah-lengah. Bagi mereka yang ingin memperbaiki prestasi pelajaran, sekarang adalah peluang terbaik. Selain daripada membaca buku-buku pelajaran tahun depan, di sini cikgu paparkan sedikit nota dan latihan. Jawapannya juga ada pada ruangannya. Tetapi cuba dahulu sebelum melihat. Latihan yang disedia oleh cikgu belum banyak. Tetapi ianya akan diperbanyak lagi. Harap dapat menolong murid-murid. Masa itu emas. Jadi jangan sia-sia masa cuti kamu dengan aktiviti yang tidak membawa faedah.