Selamat Datang Ke Taman Bahasa Melayu (Tahap 1) 欢 迎 来 访 !

Selasa, 10 Januari 2012

Selamat balik ke pangkuan sekolah

Murid-murid yang dikasihi, masa berlalu dengan cepat, sudah satu minggu kita menyesuaikan diri di sekolah. Cikgu Leow mendapati masih banyak murid belum menarik balik hati dari keseronokan alam cuti. Masih ada murid yang belum cukup bersedia untuk menumpukan perhatian dalam pelajaran. Jika kita mengira betul-betul, agak-agak cuma ada 6 minggu untuk belajar dan sudah mahu menghadapi peperiksaan pertama. Murid-murid darjah 6 lagi tidak boleh berlengah-lengah. Memang susah ikut nasihat cikgu ya? Tak apalah, janji kerja rumah mesti siap dibuat.
Cikgu Leow sibuk dengan urusan permulaan sekolah, sudah lupa ucapkan "Selamat balik ke pangkuan  sekolah" kepada murid-murid. Ada sedikit lambat ye. Walaupun tahun ini saya tidak ditawar untuk mengajar Bahasa Melayu. Tetapi saya turut akan memberi bimbingan melalui blog ini kepada mereka yang masih mengenangkan ajaran Cikgu Leow. Jika ada masa kunjungilah blog cikgu, jangan melayari internet cuma semata-mata untuk bermain game di Face Book sahaja. Harap dapat seronok belajar dengan blog cikgu. Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan